Monday, February 21, 2011

SEJARAH MASJID SAIDINA ALI

SEJARAH MASJID SAIDINA ALI DI KARIAH SAYA


DISEDIAKAN UNTUK :
USTAZ ABD AZIZ HARJIN

DISEDIAKAN OLEH :
FATIN FARHANA BINTI SOPOMO
2010622544
ASD2En
DIPLOMA SAINS


KANDUNGAN BLOG
  • Penghargaan
  • Abstrak
  • Pendahuluan
  • Konsep
  • Huraian
  • Aktiviti masjid
  • Carta organisasi
  • Penutup 
  • Rujukan






PENGHARGAAN

Saya Fatin Farhana Binti Sopomo berasa amat bersyukur kepada ALLAH s.w.t kerana memberi petunjuk dan izin limpah rahmatnya sepanjang membuat projek kertas kerja saya ini.
Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi – tinggi ucapan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pesyarah CTU 151 saya,Ustaz Abd Aziz Harjin yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya.Disamping itu juga sya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan sayayang banyak membantu saya dan memberi pendapat sepanjang saya menyiapkan kertas kerja ini.
Selain itu,saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih  kepada Imam Masjid Taman Orkid iaitu Ustaz Rasul Khan yang banyak memberi maklumat tentang masjid di Taman saya.
Akhir sekali,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu dan ayah saya yang banyak membantu, memberi dorongan dan nasihat kepada saya dalam menyiapkan kertas kerja ini.



ABSTRAK

Masjid berasal daripada perkataan Arab "sa-ja-da" yang bermaksud sujud iaitu perbuatan di mana umat Islam meletakkan dahi yang mulia ke posisi yang paling rendah, separas dengan tapak kaki tempat berdiri. Maksud sujud disini ialah menyembah Allah s.w.t. Jadi masjid ialah rumah tempat menyembah Allah s.w.t. atau rumah Allah (Baitullah). Rumah Allah yang paling utama ialah Baitullah al-Haram iaitu Kaabah di Makkah al-Mukarramah. Disebut Baitullah al-Haram kerana diharamkan berperang di dalam masjid. Baitullah juga menjadi kiblat umat islam, iaitu arah menghadapkan muka dan dada ketika mengerjakan solat.Masjid juga ialahsebuah institusi yang menjalankan kegiatan berasaskan islam dan juga duniawi.Di masjid,pelbagai aktiviti berkaitan agama dan kemasyarakatan telah dijalankan.



PENDAHULUAN

Pertama sekali, saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini.Melalui kerja kursus ini juga saya menambah ilmu pengetahuan saya dan saya dapat mengenali masjid di kariah saya dengan lebih mendalam lagi.

Selain itu,saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana telah  memberi serba sikit maklumat tentang masjid di kariah saya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada imam masjid di kariah saya iaitu Ustaz Rasul Khan bin Yusof kerana telah memberi maklumat yang lebih mendalam lagi tentang masjid ini ketika di temu bual.
Seterusnya , saya ingin menceritakan dengan lebih lanjut lagi tentang sejarah masjid di kariah saya dan kegiatan yang telah di jalankan di masjid saya.  

KONSEP DAN HURAIAN MASJID SAYA

Masjid ialah sebuah institusi yang menjalankan aktiviti berunsurkan keagamaan. Selain mengerjakan ibadah masjid juga boleh di jadikan sebagai sebuah institusi untuk menambah ilmu pengetahuan tentang keagamaan dan kerohanian bagi umat islam.Selain itu, masjid ialah lambang keagungan bagi umat islam.Majlis ilmu juga banyak dijalankan di masjid. Kita juga sebagai umat islam haruslah menghadiri segala majlis ilmu yang di jalankan agar boleh menambah ilmu pengetahuan tentang agama.

HURAIAN SEJARAH PENUBUHAN MASJID DI KARIAH SAYA DAN KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN.

Masjid di kariah saya telah diberi nama sebagai masjid Saidina Ali.Masjid ini telah ditubuhkan pada tahun 1964 dan telah dirasmikan oleh Ketua Polis Gerakan Am Kulim iaitu Major Jeneral Zulkifli bin Hassan.Masjid ini terletak di dalam kawasan Kem Polis Gerakan Am dan MRSM Kulim,Kedah. Masjid ini terletak kira-kira 5 km dari rumah saya.Masjid ini berdindingkan batu-bata dan bangunan ini ialah dua tingkat.Kawasan masjid ini sangat luas dan sangat strategik kerana berdekatan dengan kawasan perumahan ,sekolah dan lain-lain lagi.Ini memberi kemudahan kepada umat islam untuk mengerjakan ibadah.
Setiap masjid pasti menyediakan banyak kemudahan begitu juga dengan masjid saya.Antara kemudahan yang disediakan ialah ruang solat.Ruang solat yang disediakan sangat selesa untuk Jemaah lelaki dan perempuan.Disebabkan masjid ini dua tingkat,tingkat pertama disediakan untuk Jemaah lelaki manakala tingkat atas untuk Jemaah perempuan di tingkat atas.Ruang solat ini menjadi indah lagi dengan di hiasi permaidani yang sangat cantik. Telukung juga disediakan untuk Jemaah perumpuan.Masjid ini menyediakan sebanyak 14 helai telekung dan telekung ini akan di basuh pada setiap hujung minggu untuk memastikan kebersihan masjid ini dan memberi keselesaan kepada Jemaah.
Selain itu,tandas juga disediakan di masjid ini.Sebanyak 8 buah tandas disediakan di masjid ini iaitu 4 buah di tandas lelaki manakala 4 buah di tandas perempuan.Bagi setiap tandas ini sebuah tandas disediakan air pancuran di tandas perempuan dan lelaki untuk di beri kemudahan kepada Jemaah jika hendak mandi.Selipar dan cermin juga turut di sediakan di tandas lelaki dan perempuan.Kemudian, pili air untuk mengambil wuduk juga turut disediakan iaitu 10 pili air untuk Jemaah perempuan manakala 15 ditempat Jemaah lelaki.Kolah air juga turut disediakan.
 Selepas itu, setiap penjuru di ruang solat masjid ini juga turut menyediakan bahan bacaan iaitu surah yaasin,al-quran,buku tentang agama,buku sejarah,buku ilmiah,dan sebagainya untuk kegunaan para Jemaah.Terdapat dua buah rak dan meja di sediakan di tjngkat bawah dan atas yang dipenuhi dengan al-quran tafsir dan bahan bacaan untuk digunakan oleh para Jemaah.Rak ini sentiasa di susun dengan rapi selepas di gunakan kerana masjid ini mementingkan kebersihan dan kekemasan.
Di samping itu, perkara yang paling penting di masjid ini ialah PA system.Jadual telah disediakan oleh setiausaha masjid ini untuk petugas masjid melakukan pemeriksaan setiap minggu terhadap PA sistem agar sentiasa berfungsi terutama sekali pada hari Jumaat untuk kemudahan para Jemaah yang datang untuk menunaikan solat Jumaat.Masjid ini juga menyediakan 4 pembesar suara dan 3 mikrofon untuk digunakan.
Masjid ini juga menyediakan sebuah bilik yang sangat luas unuk kelas KAFA.Kelas ini terbuka untuk orang ramai tidak kira tua atau muda.Masjid ini juga menyediakan sebuah bilik untuk untuk meyimpan barang perkakasan untuk kematian dan stor yang sangat luas untuk menyimpan barang perkakasan untuk kenduri kendara seperti khemah,meja,pinggan mangkuk dan sebagainya.
Di pintu utama masjid ini juga turut disediakan papan kenyataan untuk para Jemaah mendapat segala informasi dan maklumat yang di jalankan di masjid ini.Kawasan masjid ini juga sangat cantik dan banyak pasu bunga disusun dengan rapi untuk menambahkan lagi keindahan masjid ini.Disebabkan oleh kawasan ini sangat luas kawasan tempat meletak kenderaan juga turut disediakan untuk para Jemaah untuk mengelakkan kesesakan.
Kawasan perkuburan terletak berasingan dengan masjid ini kira-kira 10 km dari masjid ini.Kawasan perkuburan ini sentiasa di bersihkan oleh petugas-petugas masjid.






AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI MASJID SAYA
Setiap masjid pasti menjalankan aktiviti untuk menarik perhatian umat islam datang ke masjid.Antaranya ialah kelas fardhu ain untuk setiap peringkat umur pada setiap hari rabu dan khamis waktunya adalah selepas waktu Asar.Selain itu,penceramah luar juga sering di jemput untuk memberi ceramah lalu memenuhi jadual aktiviti di masjid ini.Aktiviti Usrah sering dijalankan selepas selesai solat isyak yang dipimpin oleh imam masjid ini sendiri.Aktiviti tilawah al-quran juga sering dilakukan pada setiap hari isnin malam. Pertandingan seperti tilawah al-quran, hafazan diadakan setahun sekali. Ramai pelajar sekolah yang menyertai aktiviti seperti ini.

Untuk memastikan akaun kewangan masjid ini stabil duit khairat dikutip pada setiap tahun. Kebiasaannya lebih kurang RM 1500 dapat dipungut dalam sekali kutipan oleh petugas masjid. Selain itu, gotong-royong pula biasanya diadakan 2 kali sebulan.Aktiviti gotong-royong ini sering diadakan untuk mengekalkan lagi kecantikan masjid ini. Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan oleh penduduk di kawasan perumahan saya . Makanan dan minuman disediakan oleh pihak masjid. Namun begitu kebiasaannya ada penduduk yang bermurah hati membawa makanan dan minuman untuk orang ramai. Aktiviti seperti ini biasanya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk . Program seperti ini dapat mengeratkan lagi sillaturrahim antara penduduk. Di Taman saya semua hari kebesaran disambut contohnya seperti Awal Muharam, Hari Asyura’, Maulud Nabi, Nuzul al-Quran, Nisfu Sya’aban, Isra’ Mikraj dan semua hari kebesaran. Pada Hari Asyura’  para penduduk akan bergotong-royang membuat bubur. Hari seperti Maulud Nabi dan Isra’ Mikraj kebiasaannya akan di jemput penceramah jemputan untuk memberi ceramah. Ketika Aidiladha beberapa tahun lalu sebanyak 10 ekor lembu dikorbankan. Aktiviti ini akan dijalankan pada setiap tahun untuk menguatkan lagi ikatan ukhwah dan persaudaraan antara penduduk. Aktiviti seperti ini dapat menggalakkan lagi orang ramai untuk datang ke masjid. 

MASALAH YANG DIHADAPI DAN PENYELESAIANNYA
1.Kurangnya golongan remaja datang ke masjid
·         Membuat aktiviti yang dapat menarik perhatian golongan remaja seperti pertandingan hafazan dan lain-lain lagi
2. Kerosakan PA sistem
·         Menyusun jadual agar PA sistem sentiasa di selenggara










CARTA ORGANISASI MASJID SAIDINA ALI
PENGERUSI: EN.RASUL KHAN B. YUSOFF
NAIB PENGERUSI: TN. HJ ANUAR B. MANAF
SETIAUSAHA: EN.ZAMRI B. SAMSUDDIN
BENDAHARI: TN. HJ. MOHAMAD B. ISA
AJK 1: EN. ZAINOL RASHID
AJK 2: EN. HJ. ARSHAD B. AWANG

PENUTUP:
Kesimpulannya masjid Saidina ali ini banyak kelebihannya. Saya berharap dengan adanya aktiviti seperti di atas orang ramai dapat mengimarahkan lagi masjid ini.Saya juga berharap masjid ini akan dinaik taraf lagi untuk menarik perhatian orang ramai. Saya juga berharap masjid ini akan sentiasa dijaga dengan rapi agar kelihatan cantik dan bersih.



RUJUKAN:
Buku-buku agama
Imam masjid - En. Rasul Khan
Internet- http://abdazizharjin.blogspot.com




No comments:

Post a Comment